Friday, February 15, 2013

Cerai: Halal TAPI Dimurkai Allah SWT

 Pertanyaan:

Assalamualaikum…..saya telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Masalahnya sekarang ni saya dah tak boleh hidup dengan suami saya atas sebab saya sudah tidak mencintai suami saya. Saya sudah puas untuk memupuk perasaan cinta saya kepada suami tapi saya betul-betul tak boleh.kadang kala saya tak dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan baik. Saya tak mau terus dibelengu perasaan seperti ini.

Saya akui suami saya seorang suami yang baik. Tapi masalahnya hati dan perasaan saya tak cintakan dia lagi. Saya cuma ada rasa simpati dan kasihan atas diri suami saya.  sekiranya saya ingin memohon penceraian bagai manakah prosesnyadan apakah jenis talak yang akan saya tuntut. Adakah pembayaran untuk kes penceraian dan berapakah jumlah bayaran. Apakah hak penjagaan anak akan saya perolehi? Saya ingin kepastian.

Isteri Resah.

Jawapan:




Wa’alaikumussalam w.b.t. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talak (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah ) Merujuk kepada maksud hadith di atas perceraian adalah salah satu jalan keluar bagi suami dan isteri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga. Walau pun perceraian itu halal tetapi ia merupakan sesuatu yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Justeru keretakan dan kedinginan hubungan suami isteri hendaklah di atasi dengan cara yangsebaik-baiknya.

Berusahalah bersungguh-sungguh dan dengan sedaya upaya yang boleh untuk menyuburkan semula kasih sayang yang telah dibina bersama sebelum ini. Hindarilah perasaan benci dan marah terhadap suami atau cuba elakkan diri daripada menjalin hubungan sulit dengan pihak ketiga.

Puan telah mengakui bahawa suami adalah seorang yang baik dan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Terimalah qada’ qadar AllahS.W.T. terhadap jodoh yang telah ditentukan. Nabi bersabda lagi, Bahawa Allah S.W.T. melaknat wanita yang sengaja memohon cerai daripada suaminya tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak.

No comments:

Post a Comment